BIOGRAPHY
Nama sebenar: Muhammad Izzul Islam bin Mazlan
Nama komersial: Izzue Islam Nama panggilan: Pok Jue Tarikh lahir: 2 Jun 1990 Asal: Kota Bahru, Kelantan Profesion: Penyanyi, Pelakon & Pemuzik Instrumen: Vokal, Gitar, Keyboard Status: Berkahwin. Suami kepada Awin Nurin. Kumpulan: Forteen |
Filem: Songlap, 29 Februari, Hantu Kapcai, Hantu Tok Mudim, Suami Aku Ustaz, Kami Histeria, Ular, Chikaro
Drama: Gemilang, Papa Nak Kahwin, Cita dan Cinta, Tudung Tweet, Sebelum Lima Perkara, Aishiteru, Aku Tak Percaya Cinta, Cik Paris Diva Kampung, Mimpi Cinderella, Jangan Ambil Padang Kami, Duri, Maskara, Bunga Merah Punya!, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Sahabat, Aira Airil Single: Bersama Forteen - Berdua Bersatu, Seperti Dulu (OST filem 29 Februari), & Kita (OST Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia) |
TV Shows: Sesat, Fear Factor Selebriti Malaysia Season2, Romantika Raya
Theater: Maduku Kalut Album: Kita (Forteen) Anugerah: Pelakon Harapan Lelaki (Festival Filem Malaysia 25), Hero Baru Terhebat (Anugerah Blockbuster 2013), Persembahan Vokal Terbaik Berkumpulan di dalam Lagu (Forteen - Seperti Dulu |
Muhammad Izzul Islam bin Mazlan dilahirkan pada 2 Jun 1991 di Kota Bahru, Kelantan memulakan langkah di dalam industri seni dengan hanya menjadi extra. Memulakan langkah ke Kuala Lumpur untuk memulakan karier seninya, pelbagai halangan dan dugaan pernah ditempuhinya demi membina nama sebagai seorang anak seni yang disegani. Pernah bekerja sebagai penghantar susu untuk mencari duit poket, Izzue dibantu kenalannya Awin Nurin yang kini menjadi suri hatinya untuk membantu langkahnya di dalam bidang lakonan. Perkenalan sewaktu beliau hanya menjadi pembancuh air di sebuah restoran itu akhirnya membuahkan bibit cinta di antara mereka berdua.
Izzue terus mengorak langkah sedari itu. Menyimpan impian untuk bergelar penyanyi juga tidak pernah luntur dari fikiran Izzue, lantas mengambil peluang dengan menyertai kumpulan Forteen untuk memperjuangkan muziknya sewaktu menjalani ujibakat lakonan bersama KRU Studios.
Bersama Forteen, sedikit demi sedikit Izzue mendaki tangga populariti lantas semakin dikenali lewat drama Sebenarnya Saya Isteri Dia yang turut mempertaruhkan bakat nyanyian Izzue dan Forteen menerusi lagu tema drama tersebut, Kita yang diminati ramai.
Mengakhiri zaman bujang pada sambutan usianya yang ke-23 tahun lalu bersama pilihan hatinya Awin Nurin yang turut merangkap pengurusnya, dilihat perkahwinan tersebut tidak mampu menggugah perjalanan kariernya. Dengan puluhan drama dan beberapa buah filem, serta portfolio kemasnya bersama Forteen dengan beberapa buah single dan sebuah album studio penuh, langkah Izzue dilihat akan terus bersinar.